Saya pernah terbaca ungkapan 'KEJAYAAN YANG BESAR ADALAH BERMULA DARI LANGKAH YANG KECIL'. Bagi saya ungkapan ini merangkumi apa yang pensyarah saya, Encik Encik Nor Hashim Bin Abu Samah maksudkan di dalam pengajarannya mengenai bagaimanakah kita sebagai orang biasa yang mungkin tiada langsung pengalaman di dalam dunia perniagaan, boleh menjadi USAHAWAN.
Bagaimana menjadi USAHAWAN??
1) Mengambil keputusan yang jitu untuk menjadi USAHAWAN - perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi membina karakter sebagai usahawan
2) Perlu mempunyai IDEA - idea yang dikeluarkan hendaklah realistik, relavan dan boleh diaplikasikan
3) Analisis IDEA - hendaklah melakukan kajian, ujian dan pemerhatian bagi memastikan idea yang dipilih boleh dipasarkan dan mampu bertahan di pasaran
4) Perancangan Perniagaan - kertas kerja yang mesti disediakan dengan teliti dan mampu menarik minat penaja atau pemberi dana
5) Mencari DANA - memilih organisasi yang sesuai dengan perniagaan yang bakal dijalankan
Langkah-langkah kecil di atas, merupakan permulaan yang besar untuk menjadi USAHAWAN.
DI MANA ADA USAHA, DI SITU ADA JALAN!
GOOD LUCK! :)
BOSCH
IT ENTREPRENEURSHIP(SCD4763) - Individual Assignment Prepared by: NORHIDAYU BINTI MOKHTAR
Monday, 14 November 2011
Produk & Perkhidmatan BOSCH
Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BOSCH boleh dikategorikan kepada empat kategori utama iaitu:
1) Industri & Teknologi Automotif
4) Aplikasi dan Perisian
1) Industri & Teknologi Automotif
Bermula dengan penciptaan dan pemasaran barang alat ganti dan aksesori kereta, BOSCH kini turut mempunyai pusat servis kenderaannya sendiri di seluruh dunia. BOSCH bukan sahaja menajadi pakar di dalam teknologi kereta malah juga turut menjadi antara pengeluarr dan pelopor utama teknologi kenderaan berat yang menggunakan diesel. Antara produk yang sangat dikenali di dunia adalah spark plugs, Anti-Lock Breaking System dan fuel pumps. Tidak terhenti di situ, melalui bidang penyelidikan yang diceburinya, BOSCH juga dikenali dengan penyelesaian eMobility iaitu jaringan infrastruktur untuk kenderaan yang menggunakan sistem elektonik. BOSCH juga berjaya mengeluarkan peralatan pengujian kenderaan yang berteknologi tinggi bagi mengenalpasti masalah sesuatu kenderaan.
2) Kelengkapan & Keperluan Rumah
BOSCH juga terkenal dengan peralatan DIY (Do It Yourself) di mana, ia menggalakkan isi rumah untuk berjimat dengan melakukan kelengkapan rumah sendiri dengan cara yang mudah. Barang terkenal keluaran BOSCH bagi produk DIY ialah seperti drill, pemotong kayu dan Staples Dinding. Selain itu, BOSCH juga menyediakan kelengkapan bagi kebun dan taman seperti mesin rumput, gunting elektronik dan trimmer. Isi rumah juga boleh menikmati kelengkapan seperti mesin basuh, peti sejuk dan pemanas air dari BOSCH. Kesemua peralatan elektrik dari BOSCH adalah berkonsepkan penjimatan elektrik dan penjagaan alam.
3) Teknologi bagi Perindustrian dan Perdagangan
Bagi teknologi perindustrian dan perdagangan, BOSCH menyediakan pelbagai 'power tools' kepada golongan profesional dalam menghasilkan produk terbaik bagi bidang masing-masing. BOSCH juga telah berjaya mencipta Sensor yang dikenali sebagai MEMS untuk kesemua barangan konsumernya. Ini menjadikan kesemua barangan konsumernya itu bijak dari segi sains dan keselamatan. BOSCH juga terkenal dengan alatan keselamatannya yang terbukti berkesan di seluruh dunia. Dengan terhasilnya kesemua produk ini, BOSCH kini juga turut mempunyai 'call centre' nya sendiri bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penggunanya.
4) Aplikasi dan Perisian
BOSCH juga terlibat dalam menghasilkan penyelesaian aplikasi dan perisian dalam bidang perniagaan, sains dan kewangan. Perisian yang dihasilkan membantu para profesional dalam menguruskan penyimpanan data, penyebaran teknologi maklumat dan panduan perniagaan berkesan. BOSCH sentiasa memastikan syarikatnya maju ke depan seiring dengan teknologi perisian terkini.
Peneraju Perkembangan & Kejayaan BOSCH
Franz Fehrenbach Chairman | Dr. Siegfried Dais Deputy Chairman |
Dr. rer. pol. Stefan Asenkerschbaumer Business Administration | Dr.-Ing. Bernd Bohr Quality Management |
Dr. rer. oec. pol. Rudolf Colm Coordination Consumer Goods and Building Technology Business Sector | Dr. rer. nat. Volkmar Denner Research and Advance Engineering |
Dr. jur. Wolfgang Malchow Human Resources and Social Services | Peter J. Marks Manufacturing Coordination and Investment Planning |
Uwe Raschke Company Coordination For Asia Pacific | Wolf-Henning Scheider Chassis Systems Control |
Peter Tyroller Marketing and Sales |
Reference: http://www.bosch.com/en/com/bosch_group/board_management/board-of-management.html
Taburan BOSCH di Peta Dunia
Kumpulan BOSCH terdiri daripada lebih 320 anak syarikat. Di samping itu, BOSCH juga mempunyai syarikat pembekalan auto-komponen yang menyumbang kepada 60% pendapatannya di mana ia menghasilkan jentera industry dan peralatan tangan. BOSCH memegang 50% saham bagi syarikat perkakasan di Eropah iaitu Bosch-Siemens Hausgerate. Pada tahun 2009, BLAUPUNKT Bosch adalah pengeluar utama peralatan radio kenderaan. Anak syarikat BOSCH, Bosch Rexroth telah menjadi syarikat utama menghasilkan jentera hidraulik, eletrik dan pneumatic apabila industry automotif bagi perlombongan bermula. Hasil usahasama bersama Mann+Hummel, BOCSH juga Berjaya membeli Telex Komunikasi Bosch dan mengeluarkan alat Tapisan Purolator. BOSCH kini telah mempunyai lebih kurang 271,000 pekerja di 60 negara di dunia. Ini termasuklah pejabat pentadbiran, kilang, pusat penyelidikan dan pusat servis. Berikut merupakan lokasi dan taburan anggaran anak syarikat BOSCH di seluruh dunia sehingga tahun 2010: India (18450) Brazil (14190) China (12370) Perancis (9720) Republik Czech (8690) Jepun (8130) Sepanyol (7950) Turki (7,000 pekerja di Bursa dan Istanbul, 500 dalam Manisa) Hungary (6280) Itali (5160) United Kingdom (4920) Portugal (3940) Romania Belanda (3320) Switzerland (2780) Australia (2300) Malaysia (2220) Austria (2140) Belgium (2040) Korea Selatan (2,000) Rusia (1730) Poland (1640), Sweden (1230 ) Afrika Selatan (1010) Tunisia (770) |
Lakaran Sejarah BOSCH
Berikut merupakan rentetan sejarah penubuhan dan kejayaan BOSCH:
|
Subscribe to:
Posts (Atom)