Monday, 14 November 2011

Siapa SAYA?

Assalamualaikum.

Hai!

Saya Norhidayu Binti Mokhtar. Pelajar tahun 3, Pengajian Separuh Masa di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Perisian. Saya dilahirkan di Sungai Petani,  Kedah pada 9 Oktober 1982 dan merupakan anak sulung dari lima adik beradik. Kegemaran saya di masa lapang adalah menonton wayang, membeli belah, melancong dan bermain bowling. 

Permulaan kerjaya saya bermula di Vads Berhad sebagai Eksekutif Teknikal Teknologi Maklumat. Ia adalah pekerjaan pertama saya setelah memperolehi Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Selepas setahun, saya ditawarkan jawatan yang sama di Scicom Berhad untuk projek Syarikat Telekomunikasi Singapura, Singtel. Pada tahun 2008, saya menyertai anak syarikat Kuwait Finance House Berhad sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat. Kini, saya merupakan Eksekutif Teknologi Maklumat bagi MBM Resources Berhad dan menguruskan pembangunan teknologi maklumat bagi anak syarikatnya, Daihatsu Malaysia dan DMM Sales & Service. 

Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan bagi salah satu subjek di dalam pengajian saya iaitu KEUSAHAWANAN IT. Bagi tugasan ini, setiap pelajar dikehendaki mengkaji satu produk atau perkhidmatan yang dikenali di peringkat dunia. Krieteria yang diperlukan adalah bagaimanakah produk atau perkhidmatan yang dipilih melalui fasa idea, penciptaan, pemasaran dan sehinggalah ia menjadi produk yang ternama. Pensyarah saya, Encik Nor Hashim Bin Abu Samah telah meluluskan tajuk individu saya iaitu bagi produk terkenal, BOSCH. Happy reading!




No comments:

Post a Comment