Monday 14 November 2011

Siapa BOSCH?



Robert Bosch GmbH (dikenali sebagai BOSCH) adalah syarikat multinasional Kejuruteraan dan Elektronik yang beribu pejabat di Gerlingen, Stutgart, Jerman. Ia adalah syarikat pembekal komponen automotif terbesar di dunia yang diasaskan oleh Robert Bosch pada tahun 1886. Produk utama yang dikeluarkan oleh BOSCH adalah Komponen Automotif ( brek, pemacu elektrik, system bahan api dan system streng), Produk Perindustrian ( pemacu dan kawalan, teknologi pembungkusan dan panel solar) dan dan Produk Pengguna ( alat kuasa, system keselamtan dan thermotechnology)

BOSCH kini mempunyai lebih 350 anak syarikat di lebih 60 negara dan produknya di jual di sekitar 150 negara di dunia. Pada tahun 2010, ia melabur sekitar sekitar  3.8 bilion dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta memohon lebih 3800 paten di seluruh dunia. Sehingga tahun 2004, BOSCH berada di tangga ke 17 daripada 20 paten terbaik di Amerika Syarikat di mana, sebanyak 907 paten telah dihasilkan ketika itu. Robert Bosch GmbH adalah syarikan milikan persendirian di mana 92% modal syernya dipegang oleh Robert Bosch Stiftung GmbH, sebuah yayasan kebajikan. Baki saham tersebut dimiliki oleh ahli keluarga Bosch. Logo syarikat Bosch adalah merupakan produk pertama syarikat itu.

No comments:

Post a Comment